- Bencana banjir yang melanda Kedah dan Perlis baru-baru ini telah memperlihatkan betapa sumbangan mencurah bagaikan air hujan datangnya dari setiap insan yang bersimpati dengan musibah tersebut. Kehadiran bantuan dan sumbangan samada dari pihak kerajaan, pihak swasta mahupun individu jelas menunjukkan bahawa kita boleh bersatu atas dasar kemanusiaan.
- Hari ini kerajaan pusat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, sudah mengumumkan bahawa setiap mangsa banjir akan menerima wang ehsan sebanyak RM500.00 bagi setiap keluarga. Ini menjadikan jumlah bantuan ehsan keseluruhan sebanyak RM35juta akan dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
- Pengumuman tersebut juga adalah bukti bahawa rakyat adalah prioriti kerajaan.
- Bencana banjir ini telah mendapat publisiti meluas media dalam dan luar negara sehinggakan ada yang rasa tercabar dek terlalu banyak publisiti. Tetapi ternyata publisiti meluas tersebut telah membolehkan bantuan dan sumbangan datang mencurah-curah sehingga para penerimanya tenggelam dek terlalu murahnya rezeki. Begitulah hebatnya peranan media.
- Tapi yang menariknya pula ada juga yang sibuk buat promosi diri. Ke hulu ke hilir naik traktor dan adakalanya ketika pihak media menemuramah mangsa kelihatan di belakang lensa kamera tersebut individu itu sedang sibuk menyorong air longkang. Masing-masing dengan cara sendiri untuk dilihat orang.
- Tapi baru-baru ini juga terdengar ada pula yang sibuk menganjurkan pertandingan golf amal, tujuannya boleh dikira agak sama iaitu membantu mangsa banjir. Media juga tidak ketinggalan dipanggil bagi memberikan publisiti. Harapan TS agar janganlah publisiti tersebut diguna untuk promosi diri pulak.
Tuesday, November 16, 2010
Prioriti, Publisiti dan Promosi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment