- PKR bakal berkubur tidak lama lagi. Pendedahan demi pendedahan tentang kepincangan dan perpecahan dalam parti tersebut semakin hari semakin membesar dan merekah. Anwar sudah dilihat sebagai liabiliti dan bukan lagi aset. Masing-masing melihat masalah peribadi Anwar antara punca kepada semua kepincangan dalam PKR. Atau dalam ertikata lain, ahli PKR sedar dan tahu tentang perangai dan kerja-buat Anwar!
- Kalau diimbau kembali sejarah parti-parti baru ini, mereka tidak pernah kekal. Semangat 46 yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah selepas tewas dalam pertandingan Presiden UMNO pada tahun 1987, hanya bertahan sembilan tahun (1996).
- Jika dilihat secara mendalam, parti tersebut boleh terus kekal sehingga ke hari ini kerana ia dipimpin oleh ramai ahli politik lama dan berpengalaman seperti Tengku Razaleigh sendiri, Rais Yatim, Adib Adam dan lain-lain lagi.
- Namun Semangat 46 akhirnya berkubur kerana matlamat perjuangannya lebih kepada memenuhi tuntutan peribadi. Maka berbondong-bondonglah ahli parti tersebut menyertai Umno yang dihidupkan oleh Dr Mahathir.
- Apatah lagi bagi sebuah parti baru dengan semua barisan kepimpinan yang mentah dan masih berhingus cuma bergantung harap kepada seorang pemimpin yang kononnya punya karisma tetapi sarat dengan sejarah hitam kehidupannya.
- Juga perlu diingat bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk mempunyai parti multi-etnik kerana kepelbagaian budaya, agama dan strata-ekonomi.
- Begitu juga Malaysia masih belum bersedia untuk menjadikan populariti sebagai corak kepimpinannya TETAPI kepimpinan yang berani seharusnya menjadi kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah kepelbagaian tersebut. Ingatlah! Sejarah kepada kepelbagaian yang gagal ditangani pastinya kembali menghukum kita.
TS : Kita tinggalkan sengketa dan kegilaan manusia dan bersama kita bina sebuah negarabangsa berdaulat dan aman sejahtera.
No comments:
Post a Comment