- Mengikut nujum Pak Belalang, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan pada 30 November 2010 ini setelah telah ditunda bagi memberikan penghormatan kepada Tun Dr Lim Chong Eu bakal membuat perubahan besar terhadap kepimpinan UMNO di beberapa buah negeri terutamanya yang berada dibawah pentadbiran pembangkan.
- Beberapa hari lalu dalam posting "Det Khalid" bakal dinobat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, banyak panggilan telefon telah TS terima yang memberikan bermacam-macam komen, ada yang setuju dan tidak kurang juga yang kata, "nama tu (Det Khalid) kalau boh jugak alamat Kedah jadi Kelantan nombor 2 la".
- Sebagai berlaku neutral, TS, tidak memberikan sebarang komen kembali kerana angin yang berhembus kuat mengatakan Det Khalid bakal kembali.
- Namun begitu, dari panggilan yang dibuat tersebut ada beberapa nama yang telah diberikan atas dasar pengalaman serta hubungan baik, kononnya, calon-calon ini dengan Dato' Seri Presiden. Antaranya ialah Dato' Ahmad Lebai Sudin (Ketua Umno Bahagian Pokok Sena).
- Bila ditanya kenapa Dato Mat, jawab mereka mudah, beliau adalah "orang Najib". Dulu dia kena gantung dari jadi Ketua Bahagian masa Pak Lah, jadi dia terlepas dari tulah Pak Lah. Jadi mudah kata dia layak. Lagipun, sambung panggilan itu lagi, baru-baru ini ketika Datin Seri Rosmah datang menjenguk mangsa banjir di Pokok Sena, Dato' Mat lah orang yang menjadi pengiringnya! (Cukup mudah rupanya kalau nak jadi calon mana-mana jawatan rupanya, cuma perlu jadi pengiring atau pengapit)
- Panggilan itu juga memberitahu Dato Mat juga telah disapa oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia ketika dalam kunjungan beliau ke bahagian tersebut sebagai "bakal Pengerusi Perhubungan" yang baru. Jadi hari itu katanya lagi, satu kedai dapat minum dan makan free sebab dek sapaan Dato Mat Maslan.
- Tidak dapat dinafikan bahawa Dato Ahmad mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal politik samada di peringkat negeri mahupun nasional. Beliau yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan seperti Exco Negeri Kedah ketika era Tan Sri Sanusi Junid sememangnya dikatakan bijak dalam berpolitik. Pernah seorang sahabat memberitahu, Dato Ahmad ni pandai berlakon, sanggup menangis minta simpati Tan Sri Sanusi sebab nak jadi calon.
TS : Kalau dah menangis pun sanggup, rasanya setakat mencium tangan Datin Rosmah tak dak apalah, takut lunyai tangan Rosmah dek air liur, hingus dan macam-macam lagilah pasai nak melobi.
1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" (PULAU PINANG) dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.
ReplyDelete2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM-R : UTARA blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.
3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.