Friday, December 17, 2010

Mukhriz Pengiktirafan Kepada Legasi Mahathir


  1. Penganugerahan sebagai Penaung Tetap LIFE dan Anugerah Insaniah - IRTI Pertama merupakan pengiktirafan besar kepada negarawan ulung Tun Dr Mahathir oleh Kolej Universiti Insaniah yang telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Azizan - Menteri Besar Kedah.
  2. Sumbangan Tun terhadap perkembangan syiar Islam di negara ini sememangnya bukan sedikit. Dasar kerajaan seperti Bersih-Cekap-Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Penerapan Nilai-nilai Islam, Sistem Perbankan Islam dan banyak lagi adalah antara elemen-elemen Islamik yang kini menjadi sebahagian dari sistem kehidupan rakyat Malaysia.
  3. Walaupun beliau menerima pelbagai kritikan ketika menerajui negara suatu ketika dahulu namun sumbangan serta jasanya membawa transformasi besar-besaran kepada negara - dari sebuah negara pertanian kepada negara berteknologi tinggi, tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapapun hatta kepada kerajaan pimpinan Pas pada hari ini, terutamannya di Kedah.
  4. Sejarah kepimpinan Tun yang cemerlang seharusnya menjadi warisan kepimpinan baru yang mahu melihat negara lebih cemerlang, maju serta sejahtera. Jika kepimpinan pembangkang dapat melihat ini sebagai suatu legasi yang perlu dicontohi mengapa tidak pemimpin UMNO?
  5. Mungkin jika Datuk Mukhriz dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, kita akan mendapat sedikit sentuhan Tun dalam kepimpinan Umno di negeri ini melalui anaknya, tidak salah rasanya bukan?

No comments:

Post a Comment