- Balik kampung sempena cuti sekolah yang panjang bersama keluarga memang amat dinantikan oleh anak-anak terutamanya yang sudah lama tidak menjenguk tok wan mereka yang berada di Alor Setar, tanah tempat tumpah darahku! Sebelum rumah ayah aku jejaki, aku singgah sebentar di Pekan Rabu, pusat beli-belah orang Melayu yang tertua seingatku di negeri jelapang padi ini, untuk membeli dodol dan lempok durian kegemaranku.
- Melihat kepada perkembangan perniagaan yang begitu pesat dan hebat dengan suasana yang tersusun dan selesa di Pekan Rabu hari ini, berbanding dahulunya hanyalah - sekitar 1932, adalah sebuah bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap berlantai simen dan bertiang kayu terletak di Tanjung Chali ternyata Pekan Rabu merupakan tempat yang patut disinggahi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kedah terutamannya Alor Setar. Namun Pekan Rabu menyimpan seribu peristiwa pahit manis perjuagan Melayu antaranya sepertimana yang TS siarkan terdahulu.
- Disebelah malamnya, TS bersama rakan-rakan lama, kami duduk menikmati hidangan malam di sebuah restoran di Pekan Rabu yang menyediakan pelbagai masakan seafood dan western yang cukup lazat. Sambil itu kami berbual panjang tentang pelbagai topik, seperti biasa bila dah lama tak jumpa, kisah kerjaya dan serba sedikit politik semasa. Al-maklumlah Kedah kini bukan milik BN lagi jadi macamana Kedah la ni?, TS bertanya.
- "Macam tulah..", jawab seorang rakan. "Macam tu..tu..macam mana?" aku tanya lagi minta kepastian.
- "Dulu orang kata kat UMNO dengan BN...Pas pun sama ja." Jawab beliau lagi. "Dulu masa BN, rakyat senang..kerajaan susah. Tapi la ni kerajaan senang...rakyat susah!". Tambah beliau.
- "pelik bunyi, aku tak faham." TS terus meminta penjelasan.
- " Hang tau dak ada Exco Kedah la ni yang ada firma kejuruteraan yang jadi konsultan bagi projek Kolej Universiti Insaniah yang harganya RM300 juta lebih!". Beliau memberikan penjelasannya.
- "Woi! banyak tu." TS tersentak mendengar penjelasan beliau.
- Beliau menambah lagi, "setahu aku firma kejuruteraan ni depa dapat lebih kurang 1.5%, maknanya dapat masuk RM4.5 juta".
- "Kayalah Exco tu." Sampuk TS.
- "Tapi dia pandai, nama dia dah tak ada dalam company tu, yang aku dengaq tapi apa pun masih lagi hak dia." Katanya lagi. "Hang nampak dak, kheja buat depa?" Beliau bertanya kepadaku. Aku cuma mengangguk kepala.
- "Habis geng Umno tak jadikan isu ka?" Tanya aku balik. "Tak tau depa (mereka) buat apa, selop (diam) pun." Jawab beliau.
- Bagi memuaskan hati, aku ajukan sekali lagi soalan. "Apa nama firma tu?".
- "Paza Engineering." Jawabnya ringkas. "Itu satu, ada lagi, rekabentuk pun dapat kepada suku sakat dia juga, anak menakan dia salah seorang dari arkitek dalam firma tu." Tambah beliau lagi.
- "Ish..ish..ish". Aku menggelengkan kepala.
- "Ada banyak lagi nih.." sambung beliau.
TS : Perbualan kami berlanjutan sehingga lewat malam. Banyak lagi yang diperbincangkan dan kalau nak ditulis pastinya panjang, jadi akan saya siarkan berkala dengan pelbagai pendedahan yang lebih menarik dan mengejutkan!
No comments:
Post a Comment