Wednesday, December 15, 2010

3 Perkara Awal Yang Perlu Dibuat Jika Mukhriz Jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah!

  1. Nampaknya angin perubahan bertiup kencang lagi tentang siapa bakal Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. Walaupun bukan ribut tapi ramai yang sudah memusing ibarat puting beliung gitu. Macam-macam nama yang keluar, ada yang kata Dato Paduka Ahmad Bashah, ada yang kata Dato Seri Jamil Khir, ramai yang kata Mukhriz dan ada juga yang kata Mahdzir Khalid.
  2. Dulu bila TS siarkan Det Khalid bakal dinobat sebagai Pengerusi Umno Kedah maka ramai yang mengeluh dan macam-macam cerita yang keluar, itu baru cubaan pertama. Apa pun baguslah kalau dah ramai yang mula peka dengan idea transformasi yang diimpikan DS Najib. Ini merupakan petanda baik bahawa setiap orang ingin melihat UMNO BERUBAH!
  3. Jadi kali ini TS siarkan tokoh BERANI BERUBAH dan merupakan calon favorite bagi jawatan Pengerusi Umno Kedah iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Menteri dan merangkap AJK Bahagian Kubang Pasu.
  4. Sekiranya dilihat kepada kedudukan beliau dalam parti dan kerajaan bagi mengisi jawatan pengerusi perhubungan negeri, ramai yang mengatakan bahawa ianya sekadar cukup makan (begitulah kira-kiranya kata Ketua-ketua Bahagian Lain) sebab Datuk Mukhriz bukan dari kalangan mereka. Kalau faktor umur pula, Datuk Mukhriz dikatakan masih belum matang - kata mereka lagi! Kalau jadi jugak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah - depa kata, lantik sebab dia anak bekas PM! Dan begitulah seterusnya segala macam tomahan yang dilontarkan kepada Mukhriz gara-gara geli nak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
  5. Tapi kalau sudah takdir apa nak dikata.
  6. Sekiranya takdir sudah memihak kepadanya, maka 3 perkara awal yang mungkin boleh dibuat oleh Mukhriz bagi mengukuhkan Umno Kedah dan memenangi hati rakyat seterusnya menawan kembali Kedah disamping menjaga dirinya dari terperangkap dalam mainan politik kotor beberapa Ketua Bahagian Umno sebagaimana yang terjadi kepada DS Shafie Apdal?
  7. Antaranya ialah dengan membuat rombakan besar bagi jawatan-jawatan eksekutif seperti Setiausaha, Ketua Penerangan dan SUK  - termasuklah Timbalan Pengerusinya jika boleh, yang sebelum ini hanya tahu bermain politik sesama sendiri sahaja sehingga terpelanting Pengerusi merangkap Naib Presiden dibuatnya. Setiausaha pula terlalu bergantung harap kepada pakar IT dari Merbok yang mana lumayan juga "gaji" yang dibayar untuk tidak berbuat apa. Begitu juga halnya dengan SUK yang menikam "bos"nya dari belakang walhal bosnya juga yang telah melantik beliau sebagai pegawai khas di Keda.
  8. Keduanya, ada beberapa muka lama dan cukup season serta tidak lagi membawa manfaat kepada Umno perlulah dikeluarkan dari tingkat 6. Ini kerana dengan mengekalkan mereka boleh dianggap tidak berBALOI serta sikap ketegaq mereka untuk mendengar cadangan, pandangan, nasihat dari sesiapa pun kecuali dari orang-orang yang boleh menyuap mereka.
  9. Ketiga, menyelesaikan hutang-hutang UMNO yang masih tertunggak dan bertimbun misalnya hutang pengubahsuaian besar-besaran pejabat Umno negeri dan Pusat Sumber Maklumat sedari zaman Det Khalid lagi.
  10. Itu antara yang boleh TS berikan untuk ketika ini bagi memudahkan tugas dan tanggungjawab Datuk Mukhriz bila menjadi Pengerusi kelak yang lainnya akan menyusul demi kebaikan UMNO KEDAH.

TS : Amat menyokong jika Datuk Mukhrizlah pilihan Najib bagi terajui UMNO Kedah.

1 comment:

  1. SAYA SELAKU AHLI PEMUDA UMNO AKAR UMBI MENYOKONG PENUH PERLANTIKAN YB DATO' MUKHRIS MAHATHIR SELAKU PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH...DATO' SERI PRESEDEN UMNO PERLU MEMIKIRKAN NAK JAGA HATI DAN UNDI LEBIH KURANG 14 UNDI KETUA UMNO BAHAGIAN KA....UNDI BERATUS-RATUS RIBU RAKYAT KEDAH DAN AHLI UMNO AKAR UMBI...SELAMANI PUN KETUA BAHAGIAN BUKANNYA BUAT KERJA PUN...

    ReplyDelete