- Selalunya setiap sabtu TS dan beberapa orang rakan akan berjumpa untuk bersarapan sambil minum kopi dan pekena sekeping dua roti canai kami akan bercerita tentang pelbagai hal dari kisah anak sekolah, rumahtangga, kerja yang menimbun di pejabat, projek, masalah sosial, ekonomi dan politik.
- Cerita-cerita seperti diatas sememangnya menjadi topik bualan yang tak pernah berkesudahan bak kata pepatah TS, selagi mata masih terbeliak selagi itulah tak akan habis. Tetapi pagi agak luar dari kebiasaan kerana tidak timbul isu-isu rumahtangga dan sebagainya tetapi banyak berkisar tentang politik Umno Kedah.
- Apa yang menarik perhatian TS ialah, hampir bertahun lamanya kami bersarapan bersama belum pernah isu politik Umno Kedah diperbahaskan di kalangan kami sampai hampir 3 jam. Walaupun kami terdiri dari pelbagai latar fahaman dan ideologi politik tetapi kali ini masing-masing menunjukkan reaksi concern tentang politik umno Kedah.
- "TS, you kata Det Khalid nak jadi pengerusi betulkah?". Begitulah lebih kurang soalannya.
- Jawab saya mudah, "itulah yang aku dengar, bagaimana okay ka?", saya sambung dengan bertanya .
- Seorang rakan kebetulan adalah kakitangan kerajaan menjawab dalam bentuk soalan, "tak ada orang lain dah ka?".
- "Siapa lagi yang boleh?", saya bertanya dan sambung saya lagi, "macam mana dengan Dato Bashah?".
- "Coish! Hat tu lagi jahanam (maksudnya lagi tak boleh pakai)."
- Jadi dari jawapan beliau jelas bahawa Dato Ahmad Bashah bukanlah calon favourite beliau.
- Seorang rakan (seorang guru dan pembangkang hangit) lagi juga memberikan respon yang sama, "carilah yang lain, yang ada kelayakkan, takkan nak ambik yang SRP pun 3 kali buat malu kat orang aih." Sambungnya lagi, "kalau Najib betul-betul nak buat transformasi janganlah pulak ada fear and favour, asal kawan prinsip pun lepaih ke tepi." "Inilah masalah hampa dalam Umno mesti nak kira kaum kerabat jugak..." disambung dengan gelak ketawa.
- Rupa-rupanya orang luar juga memerhati kita dan apa saja yang kita buat mereka menilai.
- Saya bertanya lagi, "apa yang masalah sangat dengan si Mat Bashah ni, dia kan orang lama dan dengar kata sahabat kepada DS Najib?".
- Jawab guru tadi lagi, "kalau orang dalam pejabat Umno negeri sendiri pun kata dia tak layak, macam mana nak jadi pengerusi." Sambungnya lagi, " kalaulah dia tu jadi jugak, alamat puak-puak lama yang tak dak kerja yang dok pejahanam umno selama ni pakai dok mampuih dalam pejabat tu lah, banyak dah duit umno depa peghabih, awat Najib tak tau ka?".
- Saya tidak menjawab cuma mengerutkan dahi mendengarkan kenyataan rakan tersebut. Apa yang lebih mengejutkan juga bila rakan tersebut membuat kenyataan lagi, "Kau orang tahu tak depa ni (tak nak sebut nama) dok perhabis duit Umno, cat pejabat BN pun ada kira hun jugak!".
- "Tak baik tuduh macam tu." Balas saya.
- "Tuduh apa tuduh, ada bukti, siap slip bank-in duit lagi!". Jawab beliau dengan nada keras. Sekali lagi saya tergamam dan sarapan pagi menjadi semakin panas!
- "kenapa tak report kepada SPRM saja." Saya cuba sarankan kepada beliau.
- Beliau menjawab, "boleh tapi source aku ni tak mau panjang-panjang pasai dia ni bukan orang kita (bukan Melayu)".
- Rakan tadi menambah lagi panjang, " so, kalau ambik juga Bashah lagi banyaklah duit Umno dia perhabis kat kroni-kroni dia, baik tok sah..hampa habaq lah kat Najib jangan dok termakan pujuk rayu, tangis hilai puak-puak ni kalau nak menang. Tapi kalau dok berasa nak jaga jugak kawan nak buat macam mana, mai PRU nanti terimalah. Jadi Najib pun sama jugak tak dengaq cakap orang bawah, semua kena ikut dia pasai dia presiden semua kena ikut."
- Setelah hampir 3 jam meluahkan pelbagai rasa kekecewaan maka sarapan kami pun berakhir. TS pun berfikir sejenak jika benar bagai dikata oleh rakan tadi maka keadaan ini cukup serius! DS Najib perlu buat keputusan yang BETUL dan TEPAT!
- Jika kenyataan rakan tadi benar, ia pastinya akan menjadi senjata makan tuan dan segala jerit pekik Najib yang mahukan transformasi dan memenangi PRU-13 nanti dengan calon yang winable akan tinggal pekik lolong sahaja bak anjing salak bukit, bukit tak lari anjing yang sakit kerongkong.
TS : Kalau dah begini keadaannya, sebelum terlambat masih ada masa untuk buat perubahan. Kepada DS Najib, Dato Seri, kita masih ada calon yang baik dan sememangnya bersih seperti Datuk Mukhriz, apa salahnya kalau dia diberikan tanggungjawab. Kalau dalam PKR boleh ahli jawatankuasa pusat mereka pun kebanyakkannya bawah 40 tahun takkan kita masih nak kepada mereka yang sudah season dan berkarat.
UMNO...UMNO..kesian la kat ahli ahli bawah nie..!!
ReplyDeleteJika benarlah bagai dikata, semua penyakit yang ada itu perlu dirawati dengan segera. Jangan biarkan lama-lama.
ReplyDeletepenyakit lama dalam umno..
ReplyDeletepengerusi negeri bela penyamun peringkat bahagian,ketua bahagian jolok mulut ketua2 cawangan supaya depa disokong.sesekali bawa pi makan angin.
ketua cawangan pula perbodohkan ahli2 cawangan masing2.
ahli cuma dapat kein batik dan kein pelikat.
yang kenyang pula manusia jenih suka berumah-tangga kat pejabat bahagian,apa saja pemberian depa semua balun dulu.
daporq untuk mangsa bah pun depa tibai.
ketua jkkkp kutip nama mangsa dan hantarq pi kat ketua bahagian,bila bantuan sampai disimpan di pejabat bahagian.
masa pi nak ambik tau2 daporq dah tak dak,hilangggg...sapa ambik..yang had dok jadi penunggu pejabat tu lahh...
depa pakat angkut bawa balik rumah seniri.
sudahnya,mangsa ayiarq bah maghah kata ketua jkkkp mohong dan tipu.
apa nak jadi dengan penyagak2 nie.
daporq 30 ringgit pun rembat...
ni bukan rekaan atau ceghita wayang kulit ETONG.ni kisah benarq..pi la siasat kat kola nerang nuu...
tapi kalu dok tanya semua depa kata tak dak aihhh...depa semua baguih2.
ramai pemimpin umno kedah ni jenih hantu raya,masa dok dapat makan kedaghah dia setia la dengan tuan.
tapi bila silap dan tak cukup mentekedaghah,bini tuan dia pun dia tibai..
buang saja la kein2 bughok dalam umno kedah tu..
hampa pandai reka cerita, kalau takat dok reka cerita mcm ni dlm blog, baik hampa piiii mampuih lagi baik..,tengok boh bismillah di atas bukan main..,awat hampa rasa hampa tak dak dosa ka..,toksah la kondem orang lain kalau takat ketua cawangan pun tak besa jadi.., dok sembang dengan puak PAS sekoq dua hat gila babi,.dah nak suruh najib buat keputusan ikut depa...
ReplyDeleteSaya juga ada dengar sendiri seorang pembekal T shirt yang mendakwa dia kena bagi rm1K untuk bekalkan T shirt. Alahai..pemimpin dari kelas 3 macam tu lah. Naik kerana hemoi dan mengampu, cakap berubah ubah mengikut suasana dan situasi.
ReplyDeleteMacam cerita tok senawi tu lah jugak.