Friday, December 3, 2010

Bahagian Kedua - Demi Kemenangan & Kelangsungan UMNO : Wajah Transformasi (Alor Setar)

  1. Posting kali ini memaparkan seorang tokoh muda dari Alor Setar, namanya Dato Zubir Zabidi atau nama glemernya Bet Zuza. Beliau merupakan Ketua Pemuda Bahagian Alor Setar selama 2 penggal dan pada masa yang sama adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
  2. Dato Zubir dikatakan berkelulusan tinggi dari Cambridge University dan merupakan usahawan berjaya yang menghasilkan sos cili, tomato, kuah rojak, kicap, otak udang dan sebagainya. Jadi pendek kata kalau setakat banjir di kawasan Alor Setar tak perlu risau bekalan makanan banyak untuk diagihkan.
  3. Sebagai seorang pemimpin muda, Zubir dikatakan cukup berwibawa untuk memimpin bahagian Alor Setar. Ini kerana jika diteliti dari kelayakkannya, sememangnya terlebih layak dari Ketua Bahagian sekarang yang hanya berkelulusan SRP.
  4. Ketokohan Zubir dalam politik cukup terserlah apabila beliau diberikan mandat untuk kali kedua bagi memimpin pergerakan pemuda bahagian tersebut. Beliau kini dikatakan menjadi pengusaha kepada beberapa kantin sekolah disebelah selatan negara dan pastinya mengukuhkan lagi beliau sebagai seorang pengusaha yang berjaya.
  5. Adalah dimaklumkan juga bahawa Dato Zubir adalah favorite pet kepada Dato Bashah dan beliau dikatakan telah menimba ilmu politik dari ketua bahagiannya sebagai persediaan bagi transformasi tersebut pada penggal akan datang.
  6. Tahniah dan syabas kepada Dato Zubir sebagai orang muda dan penuh dedikasi yang bakal mengisi saf kepimpinan bahagian dan mungkin juga sebagai calon untuk PRU-13 kelak.

TS : Jangan lepas ni kalau TS dengar ada hang dok buat pasal tak senonoh, aku cabai mulut hang dengan sos cili dan kuah rojak.

No comments:

Post a Comment