Saturday, December 18, 2010

Kakileaks VS Wikileaks : KETUA BAHAGIAN PUNYA PERANGAI DAN PENYAKIT

  1. Saya tertarik dengan posting dalam MUMMY ROKIAH, http://www.mummyrokiah.blogspot.com/  bukan sekadar kelayakkan mereka yang dipertikaikan malah imune system mereka terhadap isu kerahsiaan. Kita sedia maklum jikalau ada yang "masuk" pasti ada yang keluar. Tambah pula yang masuk itu berbentuk habuan atau RM. Maka berseleraklah atas meja makan segala isi perut diluahkan samada secara sedar atau dibawah sedar.
  2. Orang seperti ini amat dikhuatiri kesetiaan mereka kepada negara dan bangsa. Mereka bersedia dan merelakan apa sahaja berlaku selagi ianya tidak menyekat kekayaan dari mengalir masuk ke kocek mereka.
  3. Pendedahan Wikileaks yang membuat banyak negara kelam kabut adalah antara pengajaran bahawa pada hari ini kita selaku akar umbi bukan lagi "bodoh" dan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin atasan. Mereka juga tidak boleh merasakan diri mereka sudah cukup bijak memperbodohkan kita yang dibawah ini.
  4. Pemimpin atasan perlu sedar - jika mereka berugama Islam - bahawa Allah sentiasa melihat kerja-buat mereka. Dan hari ini mereka tidak perlu menanti hari kiamat untuk didedahkan segala tipu helah mereka, didunia ini pun segala muslihat mereka telah Allah dedahkan melalui Wikileaks.
  5. Begitu juga dalam konteks Ketua-Ketua Bahagian yang ada pada hari ini jangan ingat semua orang suka kepada mereka. Ada yang duduk paling hampir dengan mereka juga tidak boleh dipercayai dan mereka inilah yang kita panggil Kakileaks yang menceritakan segala perangai mereka.
  6. Untuk makluman Ketua-Ketua Bahagian yang ada, banyak Kakikleaks yang berkeliaran dan akan, sedang malah telahpun mendedahkan pelbagai kepincangan serta muslihat waktu ini dan cubaan anda menutup segala kelemahan tersebut mungkin gagal kerana ramai yang sudah muak dan meluat dengan perangai anda semua.
  7. Malah ada dikalangan mereka yang mendedahkan kejahatan ini adalah merupakan mereka yang telah dieksploit dan ditipu, misalnya TS juga ada dengar bahawa Ketua Bahagian yang disebut oleh Mummy Rokiah juga telah memberikan projek pembinaan gelanggang futsal kepada kroninya yang mana projek yang di"kona" tersebut sebenarnya telah direkabentuk cadangannya oleh seorang pemuda dari Sungai Pial, Tanjung Dawai.  Kesian budak tu teruk-teruk pecah kepala nak fikir, orang lain sapu.
  8. Itulah antara cerita yang telah didedahkan oleh Kakileaks tentang sikap Ketua Bahagian yang ada hari ini, ini tidak termasuk kes sogokkan wang ringgit ketika musim pemilihan dahulu sampai dengarnya bilik air dan jamban pun bau duit!
  9. Apakah orang-orang seperti ini masih nak kita kekalkan sebagai pemimpin kita ? Kepada mereka inikah nak kita sandarkan masa depan bangsa, agama dan tanahair kita? Kalau dah musuh yang dok suap kita, rasanya apa yang tak diceritakannya kalau boleh depan belakang pun sanggup digadai sebab habuannya bukan sedikit.
  10. Kita amat berharap sebelum DS Najib membuat pengumuman tentang siapa bakal pengerusi badan perhubungan negeri Kedah yang baru, investigate dan panggil mereka seorang demi seorang mengadap sebagaimana Tun Dr Mahathir buat bila nak tentukan siapa yang setuju atau tidak bila Sanusi Junid nak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah dahulu.
  11. Tengok rekod "kesihatan" mereka, buat "complete medical check-up" dan kita akan dapat lihat kekuatan, kelemahan serta masalah mereka. Kalau dah didiagnos dan didapati imune system pun lemah pastinya macam-macam penyakit boleh hinggap cuma yang paling kita takut ialah penyakit hati, depan cakap dan buat lain belakang lain pulak cakap dan dibuatnya.
  12. Kita perlukan NEW BLOOD untuk terajui negeri ini, bangsa dan negara sesuai dengan peredaran masa dan kehendak zaman. Bukannya Old Blood yang dah corrupt dengan gula yang tinggi, kolesterol yang hampir menutup blood vein kerana terlalu banyak ambil makanan berlemah dan terpaksa bergantung kepada suntikan Insulin untuk tampak cergas sedangkan penyakit sudah cukup kronik!

No comments:

Post a Comment