- 2010 bakal meninggalkan kita sedikit masa lagi dan membawa bersamanya seribu macam peristiwa pahit manis dan suka duka. 2010 juga benar-benar menguji keimanan kita dalam berhadapan dengan pelbagai penghinaan yang melibatkan orang Melayu, agama Islam dan segala yang berkait rapat dengan kita.
- Isu ketuanan Melayu menjadi topik terhangat sepanjang 2010 kerana ada yang percaya bahawa ianya tidak sesuai dengan semangat 1Malaysia yang mengutamakan konsep kesamarataan. Perkasa pula menjadi NGO yang paling lantang mempertahankan Melayu, Islam dan Perlembagaan dari terus dirobek oleh pengkhianat bangsa dan agama kerana percaya bahawa 1Malaysia perlu difahami berdasarkan semangat Perlembagaan.
- Manakala Anwar dan konco-konco pula menjadi petualang dan pengkhianat no.1negara pun gara-gara 1Malaysia kerana ingin menjadi juara parti pelbagai kaum yang paling berjaya tanpa mengendahkan sensitiviti bangsa sendiri demi kepentingan dirinya.
- Kita juga melihat beberapa kemajuan sepanjang 2010, antaranya sukan bolasepak yang semakin meningkat prestasi mereka sehingga berjaya menjadi sebuah pasukan terkuat di Asia Tenggara pada hari ini kerana tiupan semangat 1Malaysia.
- Pelancaran keretapi laju dari Ipoh ke Kuala Lumpur dengan kelajuan 160km/jam telah menjadikan kemudahan awam negara semakin maju dan cukup memudahkan juga kerana semangat gagasan 1Malaysia yang mengutamakan pencapaian.
- Bencana banjir yang melanda Kedah dan Perlis pula memperlihatkan semangat kerjasama yang baik yang mengatasi batasan politik dan ideologi serta kaum. Begitu juga dengan penglibatan kita dalam menyuarakan pendapat dalam isu Palestin dan bantuan kemanusian ke Gaza melalui Mavi Marmara dan Rachel Corrie jelas memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia adalah warga dunia dan tidak hanya menjadi jaguh kampung dengan laungan kosong.
- Kepada ahli masyarakat yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan rawatan, penubuhan klinik 1Malaysia sekurang-kurangnya menjadi penawar kepada kepayahan mereka.
- Demikianlah serba sedikit suka duka pahit manis 2010 yang boleh saya berikan sebab kalau nak diimbas segalanya pasti tidak cukup 3 hari 3 malam nak tulis.
- Begitulah kuatnya semangat 1Malaysia! Segala ceruk rantau dijelajahi dari kesibukan Petaling Street sehinggalah ke pendalaman sepi Galas dan ke seberang Laut Cina Selatan di Batu Sapi semuanya telah diresapi dengan semangat 1Malaysia.
- Jadi biar apapun persepsi tentang gagasan tersebut, kepada saya ia telah menjadi satu fenomena yang telah mewarnai suasana kehidupan kita sepanjang tahun 2010, terima kasih Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia.
- Semoga 2011 yang bakal menjelma akan menyaksikan lebih banyak pembaharuan dan kemajuan terutamannya dalam rangka memacu negara menuju wawasan 2020 tanpa menyisihkan teras utamanya iaitu memartabatkan Melayu dan Islam.
Thursday, December 30, 2010
1MALAYSIA - Pencetus Fenomena 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment