- Untuk kali ketiganya ayat suci al-quran telah diterjemahkan oleh bukan ahlinya dan kali ini giliran S.Kesavan. Untuk sekian kalinya juga ayat-ayat suci al-quran telah dijadikan asas perbincangan terbuka tanpa bimbingan dan teguran sewajarnya. Anwar yang dahulunya garang memperjuangkan Islam nampaknya sudah tidak berminat lagi dengan Islam dan ayat-ayat sucinya.
- Perjuangan Anwar bukan lagi Islam tetapi lebih kepada gerakerja menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Islam baginya hanya sekadar pemanis mulut menjadi halwa telinga bagi membeli hati orang Melayu dan rakan-rakan dalam PAS. Tetapi jika kegilaannya itu hanya akan terlaksana dengan sokongan kuat bukan Melayu maka Islam baginya bakal menjadi tulisan penghias didada kad pengenalan sahaja.
- Oleh kerana itu Anwar tidak peduli siapa yang nak terjemah Al-quran, Nga Khor Ming ka, Kesavan ka, Anwar tak kisah! Selagi mana tindakan itu tidak memudaratkan matlamatnya, Anwar akan biarkan sahaja. Kepada Anwar, beliau adalah segalanya dan setiap orang mesti mengutamakan beliau daripada Islam dan umat Melayu itu sendiri. Oleh itu tautan kasihnya dengan PAS pun boleh putus pada bila-bila masa sahaja jika jiwa dan raga mereka tidak diserah sepenuh kepadanya. Kalau Islam boleh dipersendakannya maka apalah sangat dengan janji manis yang diberikannya kepada PAS. PAS hanyalah alat kepada pemuas nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri.
- Dari ucapan dasar parti oleh Wan Azizah yang penuh dengan pendewaan terhadap Anwar sebagai insan yang dianugerahkan tuhan kepada umat manusia jelas memperlihatkan kedudukannya yang sangat hebat dikalangan ahli PKR. Beliau seolah-olah Santo yang sarat dengan keramat dan kata-kata hikmat. Beliaulah yang mengatur segalanya dalam parti, gelagatnya ibarat "playing god" dan beliau berhak menentukan apa sahaja dalam parti, kun-fa-ya-kun, aku kata jadi maka Azmin pun jadi Timbalan Presiden dan terpelantinglah syaitan Zaid dari syurga PKR.
- Maka Anwar merasakan beliau adalah "Santo" dan "Raja" pada masa yang sama. Oleh kerana ketuanan Melayu tidak berapa sesuai dengan kedudukannya maka Anwar memperkenalkan ketuanan rakyat, dimana dialah tuannya. Bertolak dari situlah Anwar mula menabur janji untuk memberikan sebuah syurga dimana Melayu, Cina, India, Singh dan lain-lainnya boleh hidup bersama tanpa ada lagi sempadan dan sekatan dengan beRAJAkan dirinya. Tiada lagi pertimbangan agama, tiada lagi pertimbangan nilai dan hak, semuanya ibarat KERAJAAN LANGIT GITU! Semuanya sama tinggi sama rendah.
- Jika inilah ANWAR dimata PKR dan orang-orang yang telah ditaburinya dengan seribu macam janji manis dan syurga penuh kebebasan dan kesamarata maka tidak hairanlah jika Islam tidak lagi menjadi pegangannya manakala Melayu serta Kemelayuannya hendak dilenyapkannya kerana dibimbangi bakal menjadi penghalang kepada impiannya dan tidak hairan juga jika pada PRU-13 nanti undi bukan Melayu tidak akan berpihak kepada Barisan Nasional.
TS : Kembalinya Ayah Pin dalam bentuk Anwar dengan Kerajaan Langitnya, Wan Azizah sebagai Ketua Dayang dan Azmin pulak Haman macam zaman fir'aun.
No comments:
Post a Comment