- Saranan YB Dato Seri Utama Rais Yatim agar JASA atau Jabatan Hal-ehwal Khas supaya lebih berani dan benar dalam laporan mereka sememangnya baik dan harus dipuji. Ini adalah kerana pegawai Jasa adalah mata dan telinga kerajaan serta penghubung kerajaan dengan rakyat.
- Namun begitu sebagai sebuah agensi kerajaan - terutama di peringkat Parlimen dan DUN, laporan yang diberikan adalah sampah! Ini hakikat yang harus diterima. Keadaan ini berlaku kerana banyak dikalangan pegawai Jasa yang dilantik merupakan orang-orang Ketua Bahagian. Selain dari tugas hakiki, mereka juga adalah PA atau pegawai khas kepada Ketua Bahagian jadi laporan yang dibuat pun di"feed" oleh Ketua Bahagian dan begitu juga sebaliknya mereka memberikan segala maklumat yang sedap ditelinga Ketua Bahagian.
- Lihat sahaja ketika PRU-12 yang lalu, ramai dikalangan pegawai JASA di peringkat Parlimen dan DUN hanya buat laporan ikut sedap hati mereka sahaja tanpa membuat analisa terperinci serta turun ke bawah untuk meninjau isu dan permasalahan sebenar. Ada dikalangan pegawai JASA yang hanya duduk di pejabat dan menjadikan laporan PRU11 sebagai sumber rujukan dan dengan sedikit congak dengan menggunakan logik akalnya maka diwujudkan satu laporan baru!
- Dek kerana Sikap halai-balai segala maklumat yang diberi hampir 100% lari dan akhirnya BN menanggung kekalahan teruk di KEDAH pada PRU12 lalu. Kita sedar ada juga pegawai Jasa yang "dibela" dan ada yang diarah oleh Ketua Bahagian agar memberikan laporan yang baik tentang dirinya kepada pihak atasan agar beliau dipilih menjadi calon pada PRU13 kelak.
- Oleh itu amatlah diharapkan agar saranan Menteri tersebut dapat dijadikan teguran bagi memperbaiki keadaan serta meningkatkan profesionalisme di kalangan kakitangan JASA. Diharapkan juga pihak Menteri agar lebih teliti ketika memilih dan melantik pegawai-pegawai Jasa. Janganlah bersikap semborono dan hanya mengikut telunjuk Ketua Bahagian semata-mata.
- Ini adalah kerana tugas sebagai kakitangan JASA khususnya dan kerajaan amnya adalah satu ibadah dan amanah maka janganlah pula buat seperti melepas batuk ditangga atau sekadar makan gaji buta, bak kata lirik lagu Hijau-Kuning, biar "JASA' jadi kenangan.
Monday, December 20, 2010
JASA : Perlu Ada Kredibiliti Bukan Kaki Kelentong & Kaki Kipas Ketua Bahagian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment