Sunday, January 2, 2011

PAS - 50 Tahun Masih Terhegeh-Hegeh



  1. Tahun baharu 2011 yang disambut meriah dengan percikan mercun dan bunga api seharusnya memberikan sinar baru yang lebih baik dan penuh gemerlapan kepada seluruh umat Melayu Islam dinegara ini. Namun perkara lain yang berlaku sebaliknya.
  2. Isu yang melibatkan agama Islam menjadi kebanyakkan tajuk didada akhbar. Bermula dengan sikap pemimpin PAS, Wan Abdul Rahim - ahli Parlimen Kota Bharu, yang sedia mati mempertahan Karpal Singh (kafir harbi yang sedia-sedia memusuhi Islam) ditambah pula dengan sikap tidak peduli Teo Nie Ching - ahli Parlimen Serdang, yang memang tidak serik-serik menyakitkan hati orang Islam dan tidak pernah mahu belajar menghormati tuntutan Islam serta tidak pernah ditegur oleh orang yang menggelarkan diri mereka Islam iaitu PAS, yang memakai baju ketat sendat memperlihatkan tubuh badannya untuk dipertontonkan kepada para pak lebai dan haji di satu program senamrobik di sebuah masjid baru-baru ini.
  3. Tidak cukup dengan itu, ada pula dikalangan pemimpin Melayu yang sudah berani mencabar Raja-Raja Melayu. Isu perlantikan Setiusaha Kerajaan Selangor, Dato Mohammed Khusrin, nampaknya menjadikan Sultan sebagai punca kepada kemelut perlantikan tersebut di Selangor. Sikap biadab ADUN Seri Muda - Shuhaimi jelas memperlihatkan ketaksuban yang melampau kepada kepentingan politik sehingga sanggup menghina dan memperlekehkan institusi beraja di negara ini.
  4. Kalau di zaman dahulu ketika Raja-Raja berkuasa sepenuhnya, pastinya mereka-mereka ini dah lama disula ataupun dipancung kepala!
  5. Semua ini berlaku kerana tiada tindakan yang benar-benar berkesan dan tegas diambil! Walaupun ada peruntukkan dalam undang-undang negara yang membolehkan tindakan tegas dan keras diambil tetapi nampaknya pihak yang bertanggungjawab masih lagi dok tunggu dan lihat. Macamana punya tindakan dan bila nak diambil pun kita tidak tahu.
  6. Kita faham kadangkala bila sesuatu tindakan mahu diambil pelbagai sudut terpaksa dipertimbangkan dan selalunya pertimbangan politik mengatasi segala-galanya. Bagi pembangkang pula segala tindakan dan pengucapan mereka itu tidak salah atas dasar demokrasi dan keterbukaan serta hak bersuara.
  7. Apapun keadaan dan tindakan sekalipun, yang jelas sekali adalah, inilah sikap buruk dan paling merosakkan yang telah ditunjukkan kepada generasi muda yang baru nak kenal dunia. Mereka yang berkopiah dan bersongkok penuh alim dan kesopanan inilah yang telah memperlihatkan kejelikan sikap tetapi pada masa yang sama berceramah ke hulu ke hilir menekankan pentingnya memartabatkan syariat agama!
  8. Mungkin inilah balikkan hukum Allah kepada banyak pemimpin PAS yang dahulunya cukup hebat memperkatakan soal hukum-hakam dan kini semua balik kepada mereka! Dulu ayat Al-quran digunakan untuk menjatuhkan hukum. Kini ayat al-quran digunakan untuk membetulkan tindakan mungkar mereka pula.
  9. Sebab itulah PAS tidak pernah berjaya dalam perjuangan mereka kerana matlamat mereka adalah untuk menjatuhkan orang Islam sendiri dan bukannya menegakkan AGAMA ALLAH. Kerana kita percaya dan penuh yakin bahawa sekiranya benar mereka menjadikan urusan Allah sebagai wadah perjuangan mereka, pastinya Allah akan membantu mereka sejak dahulu lagi. Ini dah 50 tahun masih terhegeh-hegeh itupun hanya 2 negeri.
  10. Kalau PAS benar-benar memperjuangkan Islam, peliharalah Islam dengan sepenuh jiwa dan raga, kalau benar PAS memperjuangkan Islam, berdamailah dan kukuhkan ukhwah sesama Islam.
  11. Enough is enough - cukuplah! kalau nak menang pilihanraya pun buatlah secara jujur dan benar. Sebagai orang Islam kita percaya bahawa Allah bersama-sama dengan kita jika kita benar.

No comments:

Post a Comment