Wednesday, December 1, 2010

Bahagian Pertama - Demi Kemenangan & Kelangsungan UMNO : Wajah Transformasi (Merbok)

  1. Perubahan besar bakal berlaku dalam saf kepimpinan Umno Kedah samada di peringkat negeri mahupun Bahagian. Oleh itu mulai hari ini TS akan memuatkan wajah-wajah baru yang bakal menghiasi kepimpinan Umno di bahagian-bahagian dalam negeri Kedah.
  2. TS dimaklumkan bahagian Merbok amat terkehadapan dalam menconggak dan menentukan wajah-wajah baru dalam proses transformasi Umno bahagian tersebut. Syabas Merbok. Bersama-sama ini TS paparkan wajah Dato Zubir seorang usahawan dan tokoh politik yang dijangka mampu membawa perubahan dalam politik Merbok.
  3. Dimaklumkan juga bahawa beliau merupakan seorang pengusaha farmasi terkenal di bandar Sungai Petani - Zuffa Farmasi. Beliau sememangnya dilihat mampu memberikan semangat baru dalam roh perjuangan Umno bahagian tersebut berdasarkan kedudukan beliau yang dianggap amat menonjol iaitu sebagai Timbalan Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah.
  4. Walaupun di peringkat bahagian, beliau hanyalah berjawatan sebagai Ketua Penerangan Bahagian sahaja namun bagi ketua-ketua cawangan sikap rendah diri dan mudah mesra beliau dilihat mampu untuk memimpin Umno Bahagian sebagai Ketua Bahagian yang baru.
  5. Jika benar maka tahniah diucapkan kepada Ketua Umno sekarang iaitu Dato Tajul Urus yang telah sedia untuk melakukan perubahan dengan mengemukakan calon-calon baru sebagai menyahut seruan Presiden Umno untuk melaksanakan transformasi dalam parti keramat ini.
  6. Dato Zubir juga dikatakan calon terbaik untuk kerusi Parlimen bagi PRU-13, syabas sekali lagi kepada kepimpinan Merbok.
TS : Contoh terbaik demi mengukuhkan UMNO.

1 comment:

  1. Tok senawi, memang tepat patut YB Zubir dinobatkan sebagai calun. dia pandai berpidato dan bila jadi wakil rakyat kelak semua pengundi dalam kawasan dia diberi ubat cirit,ubat sakit urat,panadol, percuma.Sokong lah YB Zubir.

    ReplyDelete