Monday, December 27, 2010

NO.2 TIDAK MENJAMIN MUKHRIZ TIDAK TERPERANGKAP

  1. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitulah lebih kurang ibaratnya perasaan hati ini. Ketika hati sedang melayan kemenangan pasukan bolasepak kebangsaan membenam Indonesia di Bukit Jalil dengan jaringan-jaringan hebat tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Setiausaha UMNO Malaysia, Ku Nan, tentang beberapa perubahan dalam kepimpinan 3 negeri iaitu Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.
  2. Sebagai orang Kedah diperantauan pastinya hasrat hati ingin melihat perubahan besar dalam kepimpinan Umno negeri jelapang padi ini. Kata-kata bersemangat Dato Seri Najib yang mengutamakan "denyut nadi rakyat" dan "transformasi" menjadi peransang dan azimat kearah perubahan besar dan terhebat, aku rasa, pada ketika itu. Malangnya apa yang cita tidak selalunya datang dan hari ini sajian halwa telinga hanya sekadar menjadi tahi telinga!
  3. Dato Ahmad Bashah sebagaimana dalam posting terdahulu telah TS katakan acapkali bahawa beliaulah orang yang bertanggungjawab merosakkan imej Shafie Apdal, Naib Presiden Umno, di Kedah sewaktu beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan. Pernah TS mendengar sendiri penjelasan dari seorang perwakilan yang hadir sewaktu mesyuarat bahagian bahwa Bashah pernah berkata, "dia (Shafie) sibuk sangat di federal dan Semporna so tak boleh nak turun ke Kedah ni selalu, maklumlah orang luar bukan nak kisah sangat pasai kita."
  4. Bashah juga diberitahu oleh satu dua Ketua Bahagian bahawa, "Bashah susah nak command Ketua-Ketua Bahagian lain sebab dia pun bukan berapa layak - LCE 3 kali". Jadi Ketua-Ketua Bahagian lain kebanyakkannya ada degree dan perangai pun lebih kurang saja maka mereka tak berapa pandang dia sangat.
  5. Ahmad Bashah juga dilihat tidak mampu mengendali bahagiannya sendiri sehingga menyebabkan perletakkan jawatan 11 ahli jawatankuasa Pemudanya. Jadi kalau dah Pemuda pun tak boleh handle macamana nak jaga negeri? Mungkin dia berkebolehan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kedah - itupun sebab bantuan turun mencurah dari Pusat, kalau tak turun macam nasib yang menimpa PAS, pastinya Bashah pun pening juga. Tapi janganlah jadikan banjir itu sebagai KPI bahawa beliau layak memimpin parti. Pastinya dua perkara yang jauh berbeza.
  6. Sesuatu yang paling dikhuatiri ialah sikap bermuka atau depan cakap lain belakang buat lain atau cakap tak serupa bikin Bashah, ini yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh Mukhriz!
  7. Sebagai orang nombor dua - new blood, ahli parlimen dan berada pula di luar kawasan (KL) Mukhriz perlu bijak menangani Bashah. Jika Mukhriz percaya bulat-bulat kepada Bashah pasti beliau akan terjerat sebagaimana Dato Seri Shafie Apdal! Mukhriz akan diperlekehkan peranannya sehingga imejnya mungkin tercalar.
  8. Oleh yang demikian Mukhriz perlu agresif dan sentiasa peka kepada persekitaran terutamanya akar-umbi dan jangan terlalu selesa dengan jawatan no.2 kerana belum tentu ianya penghargaan mungkin ianya perangkap politik!

4 comments:

  1. Salam Bro..

    Kalau kita nak mengata kat org senang ja..macamtu lah Melayu zaman ini. Yang aku tau Dato' Ahmad Bashah dah berada dalam politik Bhg. Alor Setar sejak awal tahun 1970han lagi. Kalau soal ambik LCE tiga kali yang dibangkitkan, mana mungkin dah hampir 40 tahun dia ada dalam UMNO dari jadi ahli cawangan, ketua pemuda bahagian, AJK bahagian dan....dannn sampai Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah. Orang ada degree boleh buat macam tu ka??. Jadi peserta payung terjun boleh la...lepas tu tokak tangan org yang bagi peluang. Boleh pakai ka orng macam ni ?? bila depan ampu bila dibelakang hentam ini lah sifat orng yang ada degree.
    Yang aku tengok ada degree jadi Setpol-setpol tapi hati busuk. Dengki dengan orang yang tak ada degree, macam ni nak jadi pemimpin. Mukhriz pun ada degree tapi pasai apa dia boleh naik..Sebab dia tak ada degree PHD, dan dia tak nak sakit hati orang pun.

    Pasai 11 org pemuda letak jawatan, mungkin org tak tau sebab kot. Kalau dalam politik mustahil orng tak tau... ni pasai nak cantaih mencantaih la.. Pemuda tak puas hati sebab ketuanya tak berjaya jadi Tim. Ketua Bhg. Proksi dia kalah dalam gelanggang kena pukul oleh geng Dato' Bashah walau pun duit balak dah habis juta2.

    Pada Mukhhriz jangan terperangkap dengan suara-suara sumbang. Dia anak orang bijak anak doktor M, Arwah ayah Dato' Bashah adalah seanggkatan dengan Doktor M, Dr M kan ada , dia lebih mengetahui selokbelok politik UMNO Kedah. Mukhriz belajak dekat Dr M la tu.

    Pasai apa nak bandingkan dengan banjir yang mai lima tahun sekali tu. Takan Dato' Bashah bangun tidok lima tahun sekali kot??? Tolong pun susah, kalau tak tolong pun lagi susah.

    Bagilah can kepada Dato' Mat Bashah menunjukan kebolehan dia wahai orang2 tok ***. Tak kan itu pun nak ada degree kot.. Awat besak sangat ka orng yang ada degree..Ada degree yang boleh beli tau.....He..he..

    Melayu ada PHD.

    ReplyDelete
  2. Marilah ramai-ramai kita sokong Datuk Bashah. Jangan kira LCE dia. Kita kira kejayaan dia memimpin Kedah Sejahtera besama-sama kuncu-kuncu yang memberi peluang kepada kami untuk membawa Kedah Sejahtera.
    Kami akan terus membawa kesejahteraan jika diberi sekali lagi kepercayaan untuk memimpin Kedah.

    ReplyDelete
  3. Bkn nk memandang soal LCE dia tp reality politik ketika ini yg mana PENDIDIKAN TINGGI adalah basic dlm perjuangan sblm dicampur dgn faktor2 lain spt amanah+dedikasi+semnagt yg menjadikan sesorg 2 pemimpn hebat..

    Sekali lagi bkn niat saya nk perlekehkan org x berpelajaran tnggi..Sy sndiri pon berasal dr family yg biasa2 je..

    Tp di zaman moden ni kita perlukan pemmpin muda yg berwawasan jauh..Yg relevan dgn aspirasi semasa..

    Politik sekrg bkn lagi politik MAKAN KENDURI dn TGK ORG MATI je..Politik hari ni lebih kepada politik pembangunan mental dn bkn lagi fizikal..Anak2 muda mahukan pemimpn muda yg fhm aspirasi depa ni..

    Kalau kita msh di takok lm x mau berubah tkt nnti kita REBAH..Kita tgk pas yg dulunya terkenal dgn imej org tua kmpg, pakai jubah dn serban..di sokong oelh org2 susah..

    Tp lihat la calon2 pilihan raya diaorg..Lihat saja exco..Ir.Amirudin seorg Engineer bertauliah..Ustaz azizan sndiri pon mempunya master dll lg..Mereka tampil dgn politik baru dn x lg lapuk..Kalau umno terus kekal dgn pemimpn lm dn x mau BERUBAH percaya la KEDAH akn menjadi KUBU KUAT pas sm mcm KELANTAN pd PRU2 yg akan dtg..

    Depa kuat bkn sbb depa kuat..Tp sm mcm di kelantan buadaya cah keting dn cantas mencantas org2 baru yg berpotensi menyebabkan rmai pemimpn muuda yg berkaliber MENJAUHI umno dn condong ke arah sana yg sentiasa MENGHAMPAR KARPET MERAH buat pemimpn muda dn berbakat..

    ReplyDelete
  4. Salam Bro

    Masalah disini bukan pasai orang ada degree ka tidak, tapi yang kita dok bincang ni pasai Melayu dengki , dengki oh dengki.... orang ada degree la tu. dengki kesumat..

    ReplyDelete