Saturday, December 11, 2010

Orang Yang Mempertikaikan Ketuanan Melayu Itu DAJAL

  1. Polemik tentang ketuanan Melayu tidak menampakkan adanya titik akhirnya. Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa Malaysia, telah mencadangkan agar ketuanan Melayu ditukar kepada Kedaulatan Melayu. Ini adalah kerana ketuanan Melayu telah disalahertikan sebagai the Malay Supremacy atau Malay Dominance , walaupun telah berulangkali diterangkan bahawa ketuanan Melayu tidak ada kena mengenanya tentang isu Tuan dan Hamba.
  2. Jika direnung kembali kata-kata dua pemimpin India dan Cina yang terkenal iaitu V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin, jelas kepada kita bahawa mereka menghargai orang Melayu dan nilai kemelayuan mereka. Sifat-sifat mulia orang Melayu dan sikap toleransi mereka yang tinggilah yang telah membawa negara kepada keharmonian dan kemakmuran negara sehingga kini.
  3. Atau dengan kata yang mudah, jika Melayu itu selesa dan kuat maka setiap orang dapat hidup aman dan selesa. Tetapi jika Melayu itu lemah dan miskin maka negara akan kucar kacir.
  4. Bagi TS biar apa sekalipun istilahnya, segala-galanya yang berkait dengan kemakmuran dan keharmonian di negara ini bergantung sepenuhnya kepada kedudukan orang Melayu. 
  5. Perjuangan mempertahankan pertiwi dari segala bentuk penjajahan dan anasir subversif adalah bukti jelas ketaatan orang Melayu! Ini termasuklah ketika berhadapan dengan kumpulan Bintang Tiga yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan huru hara selepas Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.
  6. Keadaan itu dapat dilihat dari dua peristiwa yang cukup menyayat hati dalam tempoh dua minggu sebelum Inggeris kembali di Kedah, pertama, ketika "anggota Dewan Perniagaan Cina yang telah dipengaruhi oleh Bintang Tiga cuba menawan balai polis Alor Setar dan Balai Besar iaitu tempat di mana Mesyuarat Dewan Negeri diadakan. Kedua, keadaan lebih buruk di Bukit Junun dan Guar Cempedak dimana orang-orang Cina Bintang Tiga telah bertindak kejam dimana mereka telah membunuh dan membakar rumah-rumah orang Melayu!" (Sumber: Alor Setar 250 tahun)
  7. Kesungguhan orang Melayu, terutamanya peniaga-peniaga Pekan Rabu yang telah bangun dan bertindak mempertahankan Balai Polis Alor Star dan tempat-tempat penting kerajaan dari ancaman puak-puak Cina tersebut, memperlihatkan bahawa  mereka yakni orang Melayu adalah agen penting kepada keharmonian dan kesejahteraan kerana tindakan mereka meredakan konflik tersebut. Walaupun peristiwa tersebut amat mengguris hati dan perasaan orang Melayu namun mereka masih tidak tergamak untuk menginayai kaum lain yang telah berlaku zalim terhadap mereka.
  8. Jika begitu sekali sifat dan sikap orang Melayu seharusnya apa juga istilahnya, samada ketuanan Melayu atau Malay dominance dan Malay Supremacy, jelas sekali tidak ada siapa yang akan terainaya malah masih boleh hidup aman, selesa dan makmur. Jadi mengapakah isu ketuanan Melayu nak dijadikan masalah sangat? Siapa yang lebih berbuat dajal kepada orang Melayu selama ini?

1 comment:

  1. masaalahnya ialah orang orang bukan melayu yang menerajui parti parti siasah serta persatuan persatuan melayu,jadi orang orang ini akan tetap menjaga kepentingan bangsa mereka sendiri /atau diri sendiri seperti golongan mamak,arab,jawa dsb.sebagai contoh seorang mamak mengetuai GPMS suatu ketika dulu.ini menunjjukan betapa baculnya MELAYU.jadi apa hendak di bisingkan tentang ketuanan MELAYU....

    ReplyDelete