- TS tidak bercadang untuk memberikan ulasan sebarang isu dalam posting kali ini cuma ingin memberikan pandangan kepada perkara yang telah dilontarkan oleh beberapa blogger yang begitu terkilan dengan sikap pemimpin Umno yang melihat blogging ini sebagai hampas dan tidak membantu.
- Bagi TS mudah sahaja, kepada mereka yang melihat apa juga sumber media sebagai hampas dan tidak membantu adalah mereka yang buta matahati dan kaki khayan - syok sendiri. Mereka hanya mahu dengar dan lihat benda-benda yang sedap dan seronok.
- Sebab itu juga kalau diperhatikan dari blog sesetengah Ketua Bahagian banyak yang memaparkan gambar-gambar mereka sekitar PRU12. Naik motor beramai-ramai masuk kampung, cangkul perdu balak, korek sungai, bagi kerusi roda satu tapi rombongan satu bas dan sebagainya. Semuanya auta dan syok sendiri.
- Jauh sekali kalau kita hendak melihat atau membaca tulisan mereka secara kritis yang menjurus kepada isu-isu kemanusiaan, isu politik nasional dan global apatah lagi falsafah-falsafah politik dan kemasyarakatan serta penilaian-penilaian berasaskan fakta terhadap dasar-dasar fiskal dan kewangan, ekonomi dan banyak lagi. Ini kerana ada wakil rakyat yang tidak tahu beza antara Akta dan Enakmen!
- Ilmu dan sumber maklumat begitu vital mutaakhir ini kepada setiap pemimpin terutamanya wakil-wakil rakyat, tetapi ironinya mereka melihat isu ini sebagai eksesori malahan ada yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk membeli segulung ijazah agar dilihat mereka juga mempunyai kelulusan tinggi walaupun terpaksa menipu!
- TS teringat suatu ketika dahulu ada ADUN dalam ucapan perbahasan dewan yang telah memuji pihak kerajaan dengan berkata, "tahniah kepada pihak kerajaan yang telah meningkatkan defisit dengan jayanya." Maka riuh rendahlah satu dewan.
- Seharusnya mereka mengalu-alukan kehadiran blogger dalam komuniti mereka sebagai membantu mereka mengenalpasti kelemahan serta memperbetulkan segala khilaf bagi memperbaiki tindakan. Mereka seharusnya menjadikan segala kritikan tersebut sebagai landasan terbaik untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh bekerja, mampu melaksana (to deliver), sememangnya bersih (bukan nampak sahaja bersih) faham dan bijak dalam soal tadbir urus kerajaan serta menjadi penyelesai konflik dalam komuniti.
- Bagi kami sebagai blogger, kami akan terus memantau dan menegur serta memberikan kritikan-kritikan serta pujian sekiranya kami dapati adanya perubahan atau salahlaku. Harapan kami hanyalah untuk menyatakan dan menyampaikan denyut nadi hamba rakyat yang samada suka atau meluat dengan segala perbuatan, gerakerja atau lakonan para pemimpin dan wakil rakyat.
- Jadi kalau tak mahu dikritik pedas buat kerja "macam orang Islam...naaa".
Friday, January 21, 2011
AHLI POLITIK KAKI "khayan", ANGGAP BLOG HAMPAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tok Senawi,
ReplyDeleteMR tertarik dengan posting kali ini. Teruskan usaha menegur kerana kejahilan seorang pemimpin akan menjanamkan seribu pengikut.
Manakala kebijaksanaan seorang pengikut akan menyelamatkan seribu pemimpin yang berada di dalam jutaan pengikut.
Mereka yang bermusuh dengan blogger adalah mereka yang jahil.
Teruskan Perjuangan untuk Berblog sampai tersungkog.