- Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan parti yang telah mengotakan janji dan menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan transformasi parti apabila mencalonkan Mohd Azahar Ibrahim bagi PRK DUN Tenang.
- Pemilihan Azahar adalah tepat dan menepati ciri-ciri seorang calon yang diidam-idamkan oleh seluruh hamba rakyat. Muda, profesional dan berkelulusan tinggi serta "baru" dalam politik merupakan aset penting untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenagi PRK kelak.
- Adalah diharapkan pucuk pimpinan parti akan terus memastikan bahawa proses transformasi seperti yang dilaungkan akan mekar dan konsisten demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN.
- Untuk itu juga sekali lagi kita berharap agar pucuk pimpinan Umno di Kedah juga menjadikan peristiwa di Tenang ini sebagai contoh dan teladan bagi memulihkan sokongan dan keyakinan rakyat kepada mereka dan tidak bertindak semberono hanya kerana memikirkan temolok para segelintir Ketua Bahagian yang gilakan jawatan dan berkepentingan semata-mata.
- Sebenarnya Kedah mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber, berbakat, muda, profesional, berkelulusan dan cukup dinamik serta aktif bertebaran dalam parti dan NGO. Jika Azahar yang tidak berada dalam saf kepimpinan bahagian boleh terpilih sebagai calon, mengapa pula pemuda-pemuda seperti yang disebutkan tadi tidak boleh kita ketengahkan?
- Dalam apa jua keadaan sekalipun samada perang atau pertandingan, matlamat utamanya ialah MENANG! Untuk itu dalam berhadapan dengan dunia serba maju dan canggih ini pastinya senjatanya juga perlu ampuh dan terkini. Jentera dan strateginya juga perlu terbaharu dan terkehadapan. Soldadunya pula perlu bertenaga, bijak serta well-equip.
SALAM TRANSFORMASI
No comments:
Post a Comment