Friday, January 21, 2011

TAJUL PENUHI SYARAT "WINNABLE CANDIDATE" - BAGI KATEGORI RECYCLE

  1. Tahniah dan syabas kepada Dato Tajul Urus Ketua Umno Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Parlimen Merbok yang terlebih dahulu menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Ahli Parlimen! Syabas Dato!
  2. Sebagai langkah awal beliau telahpun mengadakan perjumpaan dengan pihak PPD dan beberapa orang pengetua sekolah dalam Parlimen Merbok bagi menyampaikan maklum bahawa beliau akan menjadi ahli Parlimen Merbok maka sekiranya mana-mana sekolah yang memerlukan bantuan atau apa-apa juga kemudahan bolehlah mula memohon terus kepada beliau.
  3. Inilah contoh seorang pemimpin yang ultra-proaktif. Baru dicadangkan agar calon yang sekali kalah untuk dinamakan semula beliau sudahpun turun ke bawah untuk memperkenalkan dirinya sebagai ahli Parlimen. Kalau dah jadi nanti tak tahu pula macamana jadinya?
  4. DSN ketika memberikan komen mengenai perkara tersebut telah berkata bahawa, "kita tidak akan menafikan mereka (calon yang kalah sekali) tetapi syaratnya mereka perlulah (menjadi) winnable candidate".
  5. Apakah dia syarat-syarat tersebut ?
  6. Kita tahu bahawa ramai yang nak jadi wakil rakyat, macam-macam cara sanggup dibuat agar pihak pucuk pimpinan akan nampak dan seterusnya memberikan mereka peluang.  Oleh itu sekiranya ada dikalangan tuan-tuan dan puan-puan yang teringin nak jadi wakil rakyat perlulah memenuhi syarat yang tersebut ini.
  7. Antaranya Pertama perlu ada rasa geli. Kalau dah sampai ketahap geli geleman dah dikira cukup layak! Sebab bila dah geli baru boleh timbul minat dan keghairahan untuk bekerja. Keduanya, mereka perlu hemoi - lebih kurang gedik juga! Atau dengan kata lain "muka tembok", hampa nak kata apa katalah, janji aku dapat jadi wakil rakyat. Ketiganya loklaq, yakni boleh melawak secara kotor atau melampau tetapi tidaklah sampai gagau isteri orang! Kalau ada sikap loklaq ni baru dikira down-to-earth punya pemimpin.
  8. Jadi kalau ada 3 perangai tersebut bagi "mereka" sudah cukup "syarat" untuk ditakrifkan sebagai winnable candidate. Syarat yang lain tu biarlah pucuk pimpinan yang tentukan.

3 comments:

  1. Tu dia...ada juga muka nyiok kukoq dok cita-cita ka...besok dia akan angkat depa ni semua pi buat rombongan desak Najib bubuh dia jadi calun.
    Muka tak malu sungguhhhh.

    ReplyDelete
  2. tu diah x malu sngguh.da cita cita da.nk dekat pru13 baru nk buat rajin,janji sana sini,bila abes da tau menang.haram..x nmpk da batang hidung.tambah jd menteri lg act la!dia ni winable candidate,?sudah la.pru12 pon tapau.xkira apa situasi pon kalo dia power mesti dia menang.mcm mana kawasan org lain boleh kekal?faktor calon tu penting.kalo dia ni awai lagi bungkus.!mcm xda calon umno lain.sebab dia kuetua bahagian ja,DSN perlu amek dia semula.?rakyat merbok tahu apa cerita.letak dia awai lg tiarap.kaya dengan tiba2,wang berjuta2 kroni dato det kalid(rasuah mkn duit balak,rengkung buluh) dahulu,ingat kami xtau?tnggu SPRM siasat ja.siasat cepat cket SPRM.aku bukan x sokong umno.tp agak2 arr dia ni hg kata calon boleh menang.bapak bias nye hg.banyak calon lain hg x highlight kan,awat dia sorang ja,dlm kedah ni.!buat tajuk berita nmpak sgt hg pon kroni tajul urus,nk up kan nama dia kan.nanti ada la komsiyen.mcm tu saudara?satu lagi nk habaq pi.BN menang kedah senang?senang kat sapa?senang kenyang sengkaq kat puak2 BN bila memerintah.!ni satu lagi slogan bodoh.xdak trick nak tackle hati rakyat langsung.xdak nk saiko hati rakyat tertarik ngan BN.bodoh sungguh pencipta slogan ni.baghal! rakyat boleh nilai,dengan slogan mcm tu.aduhhh..mcm mana nk amek balek kedah niii..doa saja la,supaya tuhan makbulkan.amin.ada PPHBNK baru x cerdik,ada yg cerdik pi buang.itulah UMNO!

    ReplyDelete
  3. Tahniah membuat pilihan yang tepat untuk memungkinkan makin ramai org benci UMNO kerana gagal membuat transformasi seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete