Saturday, January 22, 2011

DARI "khayan" MEMBAWA GILA!

  1. Belum pun reda penat dah berkoyan-koyan email yang masuk yang memberikan respons kepada posting tentang calon recyle dan kaki "khayan". Ramai yang terkejut beruk dan tidak kurang juga yang menghentam. Tapi itu lumrah dunia blogging, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.
  2. Sebenarnya TS pun dah muak dah dengan cerita Ketua Bahagian sorang tu. Tak habis-habis bikin pusing dunia! Ni nak sebut nama pun dah malas dah sebab nanti ada yang kata bagi publisiti kepada dia pulak. Tapi nampaknya kalau dah jenis jauh orang dari manusia ni susahlah nak cakap. Yang menghairankan macam mana orang di bahagian tersebut boleh pilih dia nih? Hebat sangatkah dia ni dulunya sampai boleh bagi Ketua Bahagian kepada dia?
  3. Atau berapa banyak yang dia sudah tabur untuk beli jawatan tersebut? Rasanya soalan ni lebih straight forward!
  4. Sudahlah kamu pilih dia kemudian kamu juga yang dok hantar berkoyan-koyan email komplen pasai dia! Ini yang buat TS jadi bengong nih! Baru ini saja TS ada buat story pasai dia yang geli geleman nak jadi Ahli Parlimen, nah sekarang dia buang orang pulak!
  5. Dengar dari email tersebut Ketua Bahagian ni baru saja buang Ketua Penerangan dia sebab kononnya nanti akan jadi pesaingnya untuk jawatan sebagai Ketua Bahagian. Nah! tengok itulah namanya takut bayang-bayang sendiri.
  6. Lagipun Ketua Penerangan tersebut, kata email tadi, sememangnya sudah jauh meninggalkan Ketua Bahagian dia dari segi penonjolan diri sebab dia juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah! Yakni, tambahnya lagi, yang juga merupakan penolong kepada Ketua Penerangan Negeri yang juga seorang Menteri.
  7. Jadi untuk menjarakkan hubungan tadi maka Ketua Bahagian ini pun mengambil tindakan memecat Ketua Penerangan tersebut! Jadi rasionalnya bila dah dipecat dari jawatan tersebut maka tergugurlah dengan sendirinya jawatan Timbalan Ketua Penerangan negeri. Amboi! bijak sungguh percaturan politik hang sesama sendiri no!
  8. Kalau tak salah TS baru kelmarin DSN dok merayu-rayu janganlah berkelahi sesama kita, kita kan sahabat dan macam-macam lagi pujukannya agar semua orang bersatu demi perpaduan dan kejayaan parti. Nah! hari ni dah lain ceritanya.
  9. Dia ni - yakni Ketua Bahagian ni - memang bermasalah lah nampak gayanya. Sebab apa, orang yang rasional tak buat kerja orang gila tau, betoi dak? Takkan orang yang macam ni ada peluang lagi kot? Biar betoi ? Kalau bagi juga cara nak bagi lingkup parti! Dah lah kalah pun berkoyan-koyan, perangai pun teruk, masalah pun bermacam-macam. Tapi itulah nak salahkan dia seorang pun tak boleh jugak sebab dulu ramai-ramai pakat pilih dia!
  10. So, setakat la ni nampak gaya TS belum pun sebut namanya! Bukan apa takut dikatakan bagi publisiti atau sahabat gelapnyer.
  11. Namun apa pun ceritanya, harap-harap pucuk pimpinan boleh nampak dah kot masalah Ketua Bahagian ni! Kepada orang-orang dalam bahagian M****K, setakat ini saja yang mampu saya nukilkan yang lain tu tak dapek den nak nolong. Itu semua tuan puan punya kerja tapi kalau mai masa pemilihan nanti kalau si haprak ni jadi Ketua Bahagian juga, lu orang tanggunglah sendiri.

1 comment:

  1. Ketua Bahagian ni dah memang sangat geli dah. Dok rasa dia memang hebat sebab dapat bagi Ketua Penerangan dia tertiarap. Tapi dia kena ingat yang walau apa dia buat Allah SWT tu ada. Kita yang dok kat SP/Merbok ni nampak. Tak join politik pun boleh nampak aih!..Dia pi bagi tertiarap org tu sbb dia dah makan duit kawan tu sampai buncit dah perut!

    Konon dok nak tolong org Islam buat masjid la surau la..Kita pun hairan mana dia dapat duit byk sgt? Rupanya duit bini kawan dia tu...Org nak buat amalan tak mau habaq kat org..tapi si Ketua Bahagian ni dia nak nama bukan dengan duit dia pun!

    Awat ingat org tak tau ka?...Sekali lagi, TAK PAYAH MASUK POLITIK PUN TAU!...Kami semua bukan BODOH BANGANG macam dia...

    ReplyDelete