- Difahamkan formula Najib untuk memenangi kembali negeri-negeri yang kalah kepada pembangkang adalah dengan menggandingkan muka-muka lama dan baru. Mungkin inilah remedi terbaik yang dapat difikirkan oleh Najib dalam suasana Umno sendiri yang ketandusan pemimpin pelapis. Jika ada sekalipun cuma sekadar menjadi pak turut kepada Ketua Bahagian sahaja.
- Dalam isu terbaru di Merbok, terdengar ura-ura seluruh ahli jawatankuasa Wanita bahagian, dari Ketua sehinggalah ke pemeriksa kira-kira, ingin meletak jawatan beramai-ramai!
- Ini berlaku gara-gara teguran yang dikatakan agak melampau yang dikeluarkan oleh Ketua Bahagiannya, Dato Tajul Urus yang mengatakan wanita tidak efektif dihadapan para tetamu dalam satu majlis anjuran bahagian tersebut. Siapa yang tidak kenal TAJUL, seorang pemimpin angkuh dan ultra kiasu. Dia tidak pernah silap dan yang tidak pernah betul semuanya orang lain! Sebab itulah bahagian Merbok rosak!
- Berbalik kepada insiden tadi, oleh kerana dah tersentuh dek teguran tersebut maka para AJK Wanita bahagian tersebut ingin meletak jawatan secara beramai-ramai. Jadi nampaknya tidak boleh ditegur! Kalau nak tegur pun tak boleh tambahlah nak dengar keluhan hamba rakyat!
- Dimaklumkan bahawa Ketua Bahagian dan Ketua Wanitanya sama sahaja fiil mereka. Sama-sama sombong dan tidak dengar cakap. Dulu pun Naib Ketua Wanita Bahagiannya, seorang lawyer, dah pun letak jawatan kerana susah nak buat kerja dengan orang yang kurang bijak (kelulusan pun tidak ada). Disusuli dengan beberapa orang AJK lain. Kalau dah tak cerdik dengarlah pandangan orang. Buat-buat bodoh itu lebih baik dari bodoh!
- Hamba rakyat di kawasan Merbok pun sedia maklum tentang perangai kedua-dua orang ini. Jadi kalaulah mereka ini ditakdirkan menjadi calon bagi PRU-13 kelak, alamat bungkuslah BN!
- Dulu TS ada paparkan tentang isu JASA, jika pembaca masih ingat, so salah seorang pegawai JASA yang dimaksudkan yang menjadi orang kiri kanan Ketua Bahagian salah seorangnya ialah Ketua Wanita Merbok ini. Macamana nak berikan maklumat yang tepat kepada pucuk pimpinan parti kalau mereka sendiri terjebak dalam kancah politik yang tidak sihat ini.
- Kalau isu dalaman parti masih lagi jauh dari elok nampak gaya sepenggal lagilah Kedah berada dalam tangan PAS.
- DATO SERI NAJIB...Tolonglah fikir-fikirkanlah secara penuh bijaksana dengan mengambil pandangan ramai sebagai asasnya agar BN akan berjaya menawan kembali Kedah. Janganlah nasib dan masa depan bangsa, agama dan negara diletakkan dalam tangan orang seperti ini.
Tuesday, January 11, 2011
WANITA BAHAGIAN MERBOK NAK LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI ?!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO Merbok ni mcmana-mcmana isu. Ketua Bhg pandai berlakon. Lagi isu hangat mengenai JKKKP. Dia lantik JkKkp n SU semuannya kroni dia. padahal yang dia lantik tu, ramai rakyat tidak suka. Banyak JKKKP yg dia lantik itu tidak pernah bergaul dengan masyarakat setempat. Ada tu, surau pun xpernah p. Minta TS siasat sendiri hal ini.
ReplyDeleteTahniah lah kepada Dato' Tajul selaku Penyelaras Parliman Merbok kerana seramai 120 orang lebih Pengerusi dan Setiausaha JKKKP di dikatakan di lantik semuanya di kalangan kroni beliau..Satu dakwaan dan tuduhan yang bolih di nilai secara lagik...mengenai kebenaran nya..Apa yang menjadi persolan kepada kita semua..Tak terdengar pun suara2 riuh dan protes mengenainya berlaku di setiap tempat yang diadakan Taklimat mengenai perlantikan JKKKP yang diberikan olih saudara Naib Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian sendiri di merata tempat di kawasan pengendalian JKKKP..Aneh ya..
ReplyDeleteSetiap manusia sudah tentulah mempunyai seleranya tidak sama..Kalau manusia manusia lain,kita mau bagi seleranya sama dengan selera kita..baru bolih di kira betul tindakan nya..Tak mungkin..YAB Dato' Seri Najib pun ada orang mengatakan tindakan nya tidak betul..walau pun beliau telah berusaha sedaya upaya membuat yang terbaik..Itulah lumrah manusia namanya..
Hanya diri kita saja yang betul..Orang lain semuanya tak pernah betul..Muhasabah lah diri tu dulu...ha ha ha..dalam banyak2 manusia..Ada juga manusia aneh..
ReplyDeleteManusia disatukan oleh 3 elemen, jasad, roh dan hati. Periharalah hati kita supaya bersih, bersyukur dan menerima orang lain seadanya.. Berkata nista , fitnah , adu dumba hanya membawa kerosakan adalah sifat2 syaitan yang menyesatkan. Lebih baik berdiam diri kerana fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh !
ReplyDeletePada 14hb.Januari bertempat Di Kismec Sungai Petani..Ada majlis taklimat dengan Pimpinan Umno Bahagian Merbok..Ketua Wanita Bahagian dan AJK wanita pakat mai belaka..Semua nampak seronok dan ceria..yang kata barisan AJK wanita Umno Bahagian pakat nak letak jawatan tu..Dok dengar cerita dari hantu mana???..Ini semua cerita karut..Dengki tak habeh2..
ReplyDeletePerlantikan Romli Karim sebagai Penyelaras DUN Tg. Dawai merperlihatkan quality pemikiran Dato' Tajul terlalu lemah berbanding dengan Bri Gila,..tahniah lah buat orang-orang BN Tg. Dawai.
ReplyDeleteKalau lantik DIN JJ atau Li Jerung jadi Penyelaras Dun Tanjung Dawai.. Macam mana???..Mungkin orang Tanjung Dawai bolih terima kot???..Mereka berdua hebat bermain politik..Kalau lah salah seorang mereka di lantik,barulah di katakan Dato'Tajul Tip Top pemikiran nya..
ReplyDeleteAku dah kata dah..Tak ada sorang pun AJK Wanita Umno Bahagian Merbok meletakan jawatan pun sampai sekarang ni..Tu lah..jangan dok buat cerita karut2..Malu Malu...
ReplyDelete