- Imej pentadbiran PR di beberapa buah negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang amat terjejas kerana sikap pemimpin mereka yang lebih cenderung berpolitik dari buat kerja. Segala isu dipolitikkan sehingga rakyat menjadi mual dan bosan dengan perangai mereka. Pemimpin PR juga dikatakan hanya pandai bercakap!
- Rupa-rupanya dalam diam-diam pentadbiran PAS di Kedah pun ada juga yang cakap tak serupa bikin. Suruh orang buat kerja macam orang Islam tapi depa pun buat kerja tak serupa orang Islam.
- Baru-baru ini saya terdengar keluhan beberapa pengusaha papan iklan atau billboard di negeri Kedah yang begitu marah dengan sikap tidak endah pihak Pejabat Menteri Besar Kedah yang memasang visual secara sukahati di papan iklan pengusaha-pengusaha tersebut tanpa sebarang makluman dan permohonan!
- Menurut mereka, papan iklan tersebut sememangnya telah ada penyewa dengan visual yang telah siap dibayar, namun apabila menjelangnya sebarang sambutan perayaan maka pihak pejabat MB akan mula menaikkan visual-visual mereka. Visual-visual tersebut pula kadangkalanya adalah gambar KDYMM dan ada juga gambar MB siap dengan ucapan seperti : Selamat Hari Raya, Daulat Tuanku dan sebagainya.
- Kepada pengusaha-pengusaha tersebut, mereka tidak kisah sekiranya pihak pejabat MB memaklumkan secara rasmi bahawa mereka memerlukan khidmat papan iklan tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu tetapi bukannya dengan cara menaikkan sesuka-hati macam tidak ada tuan punya.
- Lagi pun menurut mereka, tidak tergamak mereka mahu merentap turun visual-visual yang memaparkan wajah-wajah KDYMM Tuanku Sultan dan pemimpin negeri ! Tapi betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau bawa turun juga nampak macam menderhaka atau sekurang-kurangnya tidak ada adab. Jadi semua itu menjadi dilemma buat mereka.
- Pengusaha tersebut juga tahu bahawa pihak yang diarahkan memasang visual tersebut dibayar untuk kerja mereka dan seharusnya mereka perlu lebih beretika dan beradab "kerana negeri ini bukan emak bapak mereka punya!" kata salah seorang pengusaha tersebut.
- "Kalau macam ni mana ada sejahtera, semua pembohong belaka!", sambung beliau lagi marah dengan keadaan tersebut. "Nanti saya akan bagi gambar".
- Menurut beliau lagi perkara sebegini telah berlaku sejak lama lagi iaitu ketika pihak kerajaan menganjurkan Festival Kedah Sejahtera pada tahun 2009. Ramai pengusaha merasa tidak puashati kerana klien mereka mula komplen dan ada yang nak ambil tindakan menyaman mereka kerana breach of contract!
- Kini pengusaha-pengusaha papan iklan ini akan membawa isu tersebut ke SPRM untuk siasatan kerana menurut mereka terdapatnya unsur-unsur salah-guna kuasa oleh pihak kerajaan !
- Ibarat kata pepatah, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih...lain kali kalau nak buat kerja buat macam orang Islam na....
Friday, January 7, 2011
"MANA ADA SEJAHTERA ! BUAT KERJA TAK MACAM ORANG ISLAM"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment