- Dengan tibanya Jumaat maka kita sekali lagi akan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh khatib dan Imam yang bertugas. Antara kandungan doa tersebut termasuklah mendoakan kebaikan kepada KDYMM Raja-Raja ataupun Sultan-Sultan serta KDYMM YDP Agong yang memerintah negeri dan negara.
- Sememangnya menjadi ajaran agama Islam agar kita sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada pemimpin kita terutamanya Raja-Raja tersebut dan kalau dilihat pada hari ini kita amat bersyukur kerana mempunyai Raja dan Sultan yang baik dan mulia sekali akhlak mereka. Sentiasa mengambilberat hal-ehwal rakyat dan pentadbiran.
- Tapi yang nampak tidak berapa senonoh ni segelintir pemimpin yang terdiri dari hamba rakyat. Yang suka kepada kerosakkan dan perpecahan, mengadu domba rakyat serta membangkitkan rasa benci diantara satu sama lain.
- Kita juga bersyukur kerana dalam isu perlantikan SUK Selangor baru-baru ini, KDYMM Sultan Selangor begitu profesional dan dengan penuh kebijaksanaan baginda telah berjaya merungkai kemelut tersebut dengan menjadikan matlamat kesejahteraan rakyat dan negeri mengatasi isu yang dibangkitkan.
- Mungkin itulah berkat doa yang dibacakan dalam setiap kali solat fardhu Jumaat semoga negara kita akan sentiasa diberkati dengan Raja-Raja dan Sultan-Sultan yang mulia lagi baik pekerti bagi menjadi payung kepada kesucian Islam, kedaulatan Melayu, negara dan seluruh rakyat.
Thursday, January 6, 2011
BERKAT DOA HARI JUMAAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment