Thursday, January 13, 2011

KEPIMPINAN ULAMAK PENUH DENGAN SEMAK!


  1. Islam adalah agama yang syumul yang melengkapi dan menjadi panduan hidup yang abadi. Sebagai ad-din, Islam sentiasa menyeru umatnya agar berbuat kebaikan dan kebajikan kepada seluruh umat manusia dan juga alam sekitar.
  2. Semalam apabila Datuk Takiyudin tampil diwawancara oleh sebuah stesen TV ternyata apa yang beliau akui cukup memeranjatkan. Bandaraya Islam di negeri Serambi Mekah yang berada di bawah kepimpinan Ulamak rupanya-rupanya semak dengan sampah sarap.
  3. 400 tan sampah yang terpaksa dikutip oleh pihak bandaraya sehari, yang bersepah, adalah jumlah yang banyak apatah lagi di sebuah negeri yang diketahui penuh dengan nilai kerohanian yang tinggi. Takkan lah Tok Guru tak sebut langsung tentang perlunya menjaga kebersihan? Bukankah bersih itu sebahagian dari iman.
  4. Tapi TS pasti dimana-mana sahaja topik para ulamak PAS hanya berkisar kepada politik semata-mata. Samada di kuliah subuh, ceramah-ceramah dalam apa juga acara sambutan keagamaan mahupun dalam khutbah Jumaat, itu tidak termasuk ceramah perdana pastinya politiklah topik utamanya.
  5. Bagi PAS segala-galanya politik. Sebab itulah ada yang bercerai dek perbezaan politik. Berkelahi anak beranak dek berlainan parti. Sembahyang dua imam, syahid kerana amanat, samun papan iklan orang, fitnah, maki hamun, kafir mengkafir sesama Islam dan banyak lagi dan semua ini berlaku kerana ketaksuban ahli PAS kepada ajaran para "Ulamak Muktabar" mereka.
  6. Mungkin juga terlalu banyak berpolitik hingga terlupa nak berpesan bahawa salah satu cabang keindahan dalam beragama adalah mengamalkan nilai-nilai kebersihan dan bukan hanya terletak pada perlaksanaan hudud sahaja baru dikira Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi pengotor malah diseru agar sentiasa mengamalkan kebersihan. 
  7. Itulah bila dah otak asyik masyuk dengan caci hamun, maki seranah dan segala macam punya kuning, maka perangai pun ikut jadi kotor. Ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Indah dan suka kepada keindahan.

No comments:

Post a Comment