- Sikap Ronnie Liu yang tidak mengambilkira sensitiviti orang Islam nampaknya belum habis. Kenyataan beliau yang membenarkan orang Islam bekerja di premis arak sememangnya tidak boleh diterima akal. Tapi apa yang lebih menyedihkan ialah sikap MB PKR yang hanya menjadi pak turut manakala Dr Hassan Ali - Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Selangor pula terpaksa mengalah dengan Cina DAP tersebut.
- PAS nampaknya tidak bersungguh dalam memperjuangkan Islam. Mereka nampaknya lebih selesa dengan suasana politik mereka hari ini. Islam bukanlah perjuangan sebenar mereka tetapi menjadi kerajaan adalah matlamat utama mereka.
- Sebab itulah apa sahaja kenyataan dan tindakan sekutu kuat mereka DAP, mereka akan sokong setidak-tidaknya mereka akan berikan penjelasan balas kepada hamba rakyat agar "tidak keliru". Kasihan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang tidak kering gusi menentang idea Ronnie Liu sedangkan pemimpin-pemimpin tersohor PAS yang lain diam seribu bahasa.
- Kita berharap PAS lebih konsisten dalam isu agama. Jangan pula hanya pandai melabel UMNO sebagai dangkal agama sedangkan mereka (PAS) melacurkannya.
- Kalau dah tahu DAP memang benci Islam buat apa buang masa berkawan dengan mereka sedangkan UMNO yang jelas Melayunya dan Islamnya diketepikan. Letaklah Agama dihadapan atau atas dari segala-galanya. Janganlah dek kerana sayangkan jawatan dan gila nak rampas Putrajaya Agama dikesampingkan.
Tuesday, January 18, 2011
PAS SAYANG JAWATAN DARI AGAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment