Tuesday, January 18, 2011

UMNO KEDAH MAHU CALON RECYCLE - USTAZ AZIZAN BOLEH TIDUR LENA

  1. Maka mengekek-ngekek dan berderai-derai hilai ketawa para Keketua Bahagian dan calon-calon yang dah kalah PRU12 lalu bila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Bashah, buat kenyataan bahawa mereka yang kalah akan diberikan peluang kedua pada PRU13 kelak!
  2. Apabila kenyataan beliau disiarkan oleh media semalam, maka ramailah yang memberikan reaksi mereka terhadap kenyataan tersebut. "Kata nak buat transformasi? ni apa ni?". Ada pula, "Dok pakai yang recycle jugak ka..awat dah habih dah muka baru. Dok harap kat muka lama jugak?".
  3. Di suatu sudut yang lain pula, "La ni sejak-sejak Md Bashah jadi Pengerusi dan bila dia kata nak letak juga calon yang kalah dulu.., Ustaz dah boleh tidoq lena, makan pun koi lalu (selera)".
  4. Jadi begitulah serba sedikit senario politik di Kedah dini hari.
  5. Bukanlah kita mahu menuding jari menyalahkan sesiapa dalam isu kepimpinan ini, tetapi sebagai hamba rakyat kami mahu melihat kejujuran didalam kepimpinan! Jika benar kita mahu membuat perubahan maka seharusnya kita berani didalam membuat keputusan walaupun ianya cukup berat dan sakit untuk dilakukan.
  6. Kalau nak menang buat cara nak menang. Jangan hanya menang sorak dalam dewan masa umum nama calon tapi negeri tergadai!
  7. Bukan niat nak menjadikan Pas sebagai contoh bagi dibuat perbandingan atas usaha membawa perubahan, tetapi, mereka telah mula bergerak kearah transformasi tersebut dengan menonjolkan muka-muka baru untuk disajikan kepada hamba rakyat.
  8. Persoalannya apakah kita punya kejituan azam yang sedemikian demi kemenangan UMNO dan BN? Bukankah kita sudah diseru agar berani membuat Transformasi? Apakah telah kita laksanakan? Atau, Inikah transformasi yang dimaksudkan tersebut dengan membariskan nama-nama lama dan calon-calon yang sudah ditolak rakyat dengan iltizam dan semangat "winnable-candidate"?
  9. Bukanlah tidak bersetuju dengan kenyataan Bashah tersebut bermakna kita adalah PENENTANG kepada parti tetapi kita gusar dan khuatir bahawa kita akan gagal dalam merebut sokongan dan keyakinan rakyat.
  10. Kalau calon-calon tersebut masih diberikan peluang, ini bermakna ada calon yang telah ditolak dalam dua kali PRU- Datuk Paduka Rozai (Pendang) juga masih berpeluang untuk bertanding buat kali ke-3nya! Kalau dah dua kali hamba rakyat tolak, masuk kali ketiga alamat rakyat akan sembelih dia!
  11. Sebab itulah bila dimaklumkan bahawa Bashah akan jadi pengerusi, inilah yang amat membimbangkan kita, yakni, keputusan serta tindakan beliau yang mungkin akan merugikan UMNO dan BN. Namun apa boleh buat, sebagai golongan marhaen, kami hanya boleh melihat kerana suara kami tidak laku dan tidak didengari. Hanya peti undi sahaja yang bakal mendengar jeritan batin kami!
  12. Oleh yang demikian, adalah diharapkan kepada kepimpinan tertinggi parti tolonglah lebih peka dalam menentukan calon-calon bagi mewakili Umno pada PRU13 kelak. Kalau sungguh nak menang dengarlah suara keramat hamba rakyat dan bukannya melalui penilaian "mata kati". Nampak macam buat kerja tapi rupa-rupanya suara saja kuat, hasil "yee-lek".

No comments:

Post a Comment